Ketahui dengan lebih lanjut

Kami bukan hanya sekadar Pusat Pakar Mata…

Visi

Menjadi Pakar Mata Yang Terbaik Di Serata Dunia

Dengan lebih daripada 200,000 pesakit yang berpuas hati, lebih daripada 60 anugerah, 50 pembentangan klinikal antarabangsa, pelbagai artikel jurnal antarabangsa dan lebih daripada seribu 5 * ulasan di Laman Facebook kami, kami berpendapat bahawa kami berada di landasan yang betul.

Membantu orang mendapatkan penglihatan yang terbaik dengan selamat.
Mengubah Kehidupan Anda.

Misi

Di VISTA, kami BUKAN SAHAJA membantu anda mendapatkan pemeriksaan mata, menjalani pembedahan, ataupun menyelesaikan masalah mata anda

Matlamat kami menjangkaui rawatan perubatan … Di VISTA, kami MENGUBAH KEHIDUPAN.

Sama ada membantu mencapai impian zaman kanak-kanak anda untuk menjadi seorang juruterbang, atau seorang datuk dan nenek yang ingin menikmati kehidupan dengan cucu-cicitnya, kami bermatlamat supaya anda menikmati kehidupan sepenuhnya!

Nilai Teras

icon4

Menghargai Individu

Menerima pelbagai penganugerahan Sumber Manusia, VISTA menyediakan persekitaran tempat kerja yang seimbang untuk membantu kakitangan kami bukan sahaja untuk maju dan belajar, tetapi juga untuk menikmati pekerjaan mereka. Sememangnya, Kakitangan Gembira = Pesakit Gembira! Perkongsian Bersama

Memberi Impak

Kami berusaha untuk menjadikan perjalanan pelanggan bersama kami pengalaman yang paling bermakna buat mereka dengan memastikan perkhidmatan kami melangkaui jangkaan mereka.

icon3

Mengutamakan Teknologi & Inovasi

Kami menghargai mata anda seperti mata kami. Itulah sebabnya kami hanya menawarkan teknologi terkini yang diluluskan oleh FDA, diiktiraf dan yang paling penting - selamat.

icon1

Perkongsian Bersama

VISTA ialah pusat terbaik yang ditetapkan oleh banyak syarikat Oftalmologi terkenal, untuk lawatan dan latihan pakar bedah lain di seluruh dunia. Kami sering dipilih sebagai rakan kongsi dalam memperkenalkan teknologi terkini bersama-sama.

Memberi Semula Kepada Komuniti

Bertahun lamanya VISTA berusaha tanpa henti menyumbang kembali kepada komuniti. Antaranya ialah menjalankan pemeriksaan mata percuma melalui acara seperti Karnival Mata VISTA, pengumpulan dana, menyumbang kepada bantuan makanan, malah menyediakan pembedahan dan perkhidmatan mata percuma kepada yang memerlukan. VISTA turut menganjurkan Program “VISTA Youth Challenge” untuk menyediakan platform kepada generasi masa kini untuk merasai pengalaman lturun padang dan kemahiran pengurusan projek.

This site is registered on wpml.org as a development site.