Bolehkah Anda Mendapatkan LASIK Selepas Pembedahan Katarak?

Mac 21, 2024

Penuaan sering membawa kebijaksanaan dan pengetahuan yang abadi, tetapi tubuh badan fizikal anda mungkin tidak dapat bertahan seiring dengan perjalanan waktu dengan berkesan—terutamanya mata anda.

Ini kerana terdapat kebarangkalian anda mengalami masalah penglihatan meningkat seiring dengan usia. Contohnya, katarak tidak kebiasaannya menunjukkan simptom pada peringkat awal. Dari masa ke semasa, tanda-tanda yang lebih ketara akan mula muncul dan akhirnya memerlukan langkah berjaga-jaga.

Pembedahan katarak mampu memulihkan penglihatan secara drastik, tetapi ianya tidak menghilangkan keperluan untuk memakai kanta pembetulan. Anda mungkin masih memerlukan cermin mata atau kanta lekap untuk menjalani rutin harian anda. Dalam sesetengah kes, LASIK boleh menjadi prosedur tambahan atau susulan untuk meningkatkan kualiti penglihatan anda selepas pembedahan katarak.

Namun, apabila berhadapan dengan bahagian tubuh yang sensitif seperti mata anda, mempunyai kebimbangan dan keraguan adalah perkara yang biasa. Jadi, ikuti kami untuk menjelaskan beberapa persoalan anda mengenai pembedahan katarak dan pembedahan LASIK di Malaysia, dan sama ada kedua-dua prosedur boleh dilakukan bersama.

Apakah Pembedahan Katarak?

Katarak boleh menyebabkan kanta semula jadi mata anda menjadi kabur akibat daripada penggumpalan protein di kawasan tersebut. Ia boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur, kesukaran memandu pada waktu malam, atau semudah terlepas daripada keindahan hidup, yang boleh menjadi suatu kekecewaan dan berbahaya.

Pembedahan mata katarak adalah kaedah yang sangat berkesan untuk merawat masalah ini. Semasa prosedur berjalan, doktor pakar mata akan perlahan-lahan mengeluarkan kanta yang kabur dan menggantikannya dengan kanta artifisial yang jelas, dikenali sebagai kanta intraokular (IOL). Rawatan ini dapat membantu anda mendapatkan kembali penglihatan yang lebih jelas, dengan jutaan orang mendapat manfaat daripada prosedur ini setiap tahun.

Walaupun pembedahan katarak dapat meningkatkan penglihatan dengan lebih baik, terutamanya dalam kes katarak yang teruk, sesetengah pesakit mungkin masih mengalami kuasa refraktif selepas rawatan. Ini bermakna, walaupun dengan IOL baru, anda mungkin masih memerlukan cermin mata atau kanta lekap untuk melakukan sesuatu tugas. Di sinilah rawatan LASIK boleh memainkan peranan.

Apakah Pembedahan LASIK?

LASIK (Laser-Assisted In Situ Keratomileusis) adalah prosedur yang popular direka untuk membetulkan kuasa refraktif seperti miopia (rabun jauh), hipermetropia (rabun dekat), dan astigmatisme (kelengkungan kornea yang tidak sempurna). 

Dengan menggunakan laser yang tepat, pakar bedah mata dengan teliti akan membentuk semula kornea anda supaya cahaya dapat fokus dengan betul pada retina anda dan meningkatkan penglihatan secara keseluruhan. Proses ini biasanya mengambil masa hanya beberapa minit bagi setiap mata dan bersifat minimal invasif. Terima kasih kepada ubat titis mata anestetik, ketidakselesaan tidak lagi menjadi masalah kerana masa pemulihan yang cepat dapat memastikan keselesaan yang berpanjangan.

Dengan kadar kejayaan melebihi 95% dan risiko komplikasi yang minimum, pembedahan LASIK tanpa bilah diiktiraf sebagai keajaiban moden dalam pembetulan penglihatan. Terdapat pesakit yang melaporkan tentang peningkatan yang ketara dalam kualiti hidup disebabkan oleh bebas daripada cermin mata dan kanta lekap.

Pembedahan Katarak vs. LASIK: Ringkasan Keseluruhan

 

Ciri-ciri Pembedahan Katarak Pembedahan LASIK
Tujuan Mengeluarkan kanta semula jadi yang kabur dan menggantikannya dengan yang tiruan (IOL) untuk memulihkan penglihatan Membentuk semula kornea untuk membetulkan ralat refraktif seperti rabun dekat, rabun jauh, dan astigmatisme
Calon yang sesuai Pesakit dengan katarak yang telah mempengaruhi penglihatan mereka Pesakit dengan miopia, hipermetropia, astigmatisme, dan penglihatan yang stabil
Tempoh Prosedur 15–20 minit untuk setiap mata 10–15 minit untuk setiap mata
Tempoh Pemulihan Beberapa hari hingga seminggu Pemulihan penuh dalam beberapa minggu; kebanyakan pesakit pulih dalam beberapa hari
Teknologi yang Digunakan Ultrasound, laser femtosecond, dan IOL Laser excimer dan femtosecond
Keputusan Penglihatan yang lebih jelas; mungkin masih memerlukan cermin mata untuk membaca Penglihatan yang diperbetulkan; sering menghilangkan keperluan untuk cermin mata atau kanta lekap
Risiko  Jangkitan, bengkak; dalam kes yang jarang berlaku, dislokasi IOL Mata kering; dalam kes yang jarang berlaku, pembetulan yang terkurang atau terlebih
Penjagaan selepas rawatan Rawatan susulan secara berkala untuk memastikan posisi IOL yang betul di dalam mata dan memantau kesihatan mata Pemeriksaan berkala dan ubat titis mata mungkin diperlukan
Kos Kos yang lebih tinggi disebabkan oleh implan dan kerumitan pembedahan Kos yang lebih rendah berbanding pembedahan katarak, tetapi berbeza-beza bergantung kepada klinik

Pembedahan katarak dan LASIK adalah kedua-dua prosedur yang boleh mengubah penglihatan dan kehidupan anda menjadi lebih baik. Yang pertama bertujuan untuk mengeluarkan kanta yang keruh untuk memulihkan penglihatan, sementara yang kedua membetulkan ralat refraktif seperti rabun dekat, rabun jauh, dan astigmatisme.

Jadi, Adakah Terdapat Kemungkinan untuk Mendapatkan LASIK Selepas Pembedahan Katarak di Malaysia?

cataract and lasik

Jawapan ringkasnya adalah ya.

LASIK boleh dilakukan selepas pembedahan katarak. Seperti yang telah disebutkan, sesetengah pesakit mungkin masih mengalami penglihatan yang tidak sempurna disebabkan oleh keadaan yang sedia ada. LASIK boleh membantu menangani masalah yang berbaki ini dengan membentuk semula kornea untuk membetulkan kemasukan cahaya ke dalam mata.

Namun, anda perlu mempertimbang kebaikan dan keburukan LASIK serta beberapa faktor penting untuk memastikan bahawa ia adalah keputusan yang tepat. Ini kerana LASIK biasanya dilakukan pada kanta semula jadi. Apabila terdapat IOL, mungkin ada komplikasi lain yang boleh mempengaruhi prosedur, seperti jenis IOL dan sejauh mana ia berfungsi dengan baik.

Faktor Penting untuk Pesakit Katarak Pertimbangkan Mengenai LASIK

Berikut adalah faktor utama yang perlu diambil kira ketika mempertimbangkan LASIK selepas pembedahan katarak di Malaysia:

  • Stabiliti Penglihatan: Adalah penting untuk memastikan bahawa penglihatan anda telah stabil selepas pembedahan katarak. Jika ia masih berubah-ubah, LASIK mungkin tidak sesuai buat masa ini. Doktor mata anda akan terus memantau penglihatan anda untuk memastikan sebarang ralat refraktif konsisten terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan LASIK. 
  • Kesihatan Kornea: LASIK melibatkan pembentukan semula kornea, jadi kesihatan dan ketebalannya memainkan peranan penting. Jika kornea anda terlalu nipis atau mempunyai masalah kesihatan lain, doktor anda mungkin mencadangkan pilihan alternatif seperti Keratektomi Photorefraktif (PRK) dan lain-lain. 
  • Jenis Kanta Intraokular (IOL): Jenis IOL yang ditanam semasa pembedahan katarak anda juga boleh mempengaruhi kebolehlaksanaan LASIK. Beberapa IOL, seperti kanta multifokal atau torik, mungkin boleh mengurangkan atau menghapuskan keperluan untuk pembedahan LASIK, sementara yang lain mungkin masih memerlukan pembetulan lanjut. 
  • Keadaan Mata yang Lain: Jika anda mempunyai komplikasi mata lain seperti sindrom mata kering atau glaukoma (kebutaan disebabkan oleh kerosakan pada saraf optik), hal ini mungkin perlu diuruskan terlebih dahulu.


Apabila mempertimbangkan pembedahan katarak dan LASIK, adalah penting untuk kita fahami pendekatan berturutan yang boleh terlibat. Ini bermakna jika terdapat ralat refraktif yang masih berbaki selepas pembedahan katarak, pakar mata anda akan memutuskan sekiranya terdapat peningkatan yang ketara dalam penglihatan anda selepas pembetulan. LASIK mungkin akan dipertimbangkan sebagai prosedur susulan. Sebarang isu yang berkaitan dengan IOL (contohnya, penalihat semula posisi IOL torik) akan diutamakan berbanding LASIK.

LASIK Selepas Pembedahan Katarak: Apakah Kadar Keberjayaan dan Sejauh Mana Ia Selamat?

Ya, secara umumnya ia selamat.

Kemajuan dalam teknologi telah membolehkan pelaksanaan LASIK selepas pembedahan katarak bagi kes tertentu. Namun, ia masih bergantung kepada keadaan seseorang individu. Keselamatan dan keberkesanan LASIK sebagai prosedur susulan bergantung kepada kesihatan kornea anda dan kestabilan penglihatan anda selepas itu.

Kajian telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan untuk LASIK selepas pembedahan katarak di Malaysia. Menurut Journal of Cataract and Refractive Surgery, ramai pesakit mengalami kadar keberjayaan yang hampir sama, iaitu hasil penglihatan yang lebih baik, dan tahap kepuasan yang sama seperti mereka yang menjalani prosedur LASIK sahaja.

Untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik, anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi dengan pakar oftalmologi yang berpengalaman. Mereka akan menilai kesihatan mata anda secara menyeluruh sebelum mencadangkan sebarang prosedur.

Di Mana Saya Boleh Mendapatkan Pembedahan LASIK Terbaik di Malaysia?

Jika anda mempertimbangkan LASIK selepas pembedahan katarak, anda perlu memilih klinik yang dipercayai dengan rekod prestasi yang terbukti.

VISTA Eye Specialist, Klinik Pakar Mata di Malaysia, merupakan pusat pembedahan LASIK dan katarak yang terkemuka di Malaysia. Pakar bedah kami mempunyai pengalaman yang meluas dan mahir dalam mengendalikan teknologi terkini bagi memastikan hasil yang optimum untuk pesakit. Dengan lebih daripada 50,000 prosedur LASIK yang telah berjaya dilakukan dan pesakit yang sangat berpuas hati, kami adalah destinasi yang boleh anda percayai untuk sebarang prosedur pembetulan penglihatan.

Hubungi kami hari ini untuk menjadualkan temu janji atau lawati mana-mana klinik kami di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor Bahru, atau Ipoh untuk mendapatkan maklumat lanjut atau akses mudah kepada pakar penjagaan mata. 

INSIDE THIS COLLECTION

Popular Posts